KSSR BM TAHAP 1
| AZYAH BINTI ABU BAKAR | NO. ID : D20112054214 | NO. TEL : 012-9164121 |
I FOLLOW ......
Thursday, 20 December 2012
Latihan Tatabahasa - Sinonim (Perkataan sama erti)
1 Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
A layu
B hidup
C kuncup
D kembang
2 Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.
A kuat
B berani
C gentar
D kasar
3 Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam
dari desa itu.
A petang
B senja
C malam
D subuh
4 Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
A leka
B lena
C mudah
D selesa
5 Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.
A sepi
B nyata
C jelas
D kabur
6 Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.
A riuh
B hiba
C tenang
D lengang
7 Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.
A sumbangan
B cadangan
C hasutan
D galakan
8 Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.
A wasiat
B arahan
C utusan
D siasatan
9 Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.
A menelan
B mematuk
C memakan
D memagut
10 Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.
A laju
B yakin
C tegas
D petah
11 Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.
A takut
B sedih
C khuatir
D hampa
12 Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam
mesyuarat itu.
A kuat
B ragu
C cepat
D hebat
13 Cik Salina sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya.
A anjung
B perkarangan
C belakang
D serambi
14 Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor.
A memujuk
B mengusir
C membentak
D menyanjung
15 Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak.
A malu
B sedih
C kecewa
D terkilan
Sunday, 16 December 2012
Latihan Tatabahasa - Antonim (Berlawanan erti)
1 Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.
A kabur
B pudar
C terang
D senang
2 Kevin sering datang ke rumah saya, kata Muniandy.
A jarang-jarang
B kadangkala
C selalu
D kerap
3 Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.
A sokongan
B galakan
C sindiran
D cacian
4 Orang yang berbaju merah itu gila.
A baik
B waras
C berguna
D sempurna
5 Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.
A diserahkan
B dirampas
C dipinjam
D diterima
6 Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.
A longgar
B lembut
C kendur
D ringan
7 Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil .
A renggang
B lama
C jauh
D baik
8 Vellu meluahkan makanan yang sudah basi.
A menghabiskan
B mengunyah
C menyimpan
D menelan
9 Cuaca malam ini panas.
A hangat
B sejuk
C suam
D merah
10 Ceramah yang disampaikannya agak hambar .
A elok
B lucu
C tepat
D menarik
Saturday, 8 December 2012
Simpulan Bahasa Untuk Murid Tahun 2
Simpulan Bahasa Untuk Murid Tahun Dua
Bilangan
|
Simpulan Bahasa
|
Maksud Simpulan Bahasa
|
1
|
Alas perut
|
Makan sedikit untuk
menahan lapar
|
2
|
Ambil berat
|
Memeberi perhatian
|
3
|
Ambil hati
|
Menjaga perasaan
|
4
|
Anak angkat
|
Anak orang lain yang
dipelihara seperti anak sendiri
|
5
|
Anak kandung
|
Anak sendiri
|
6
|
Anak buah
|
Anak saudara / orang di bawah
kuasanya
|
7
|
Anak tiri
|
Anak isteri atau suami
daripada perkahwinan terdahulu
|
8
|
Kaki lima
|
Kawasan laluan di
hadapan bangunan
|
9
|
Keras kepala
|
Degil
|
10
|
Keras hati
|
Tidak mahu mengalah
|
11
|
Mandi kerbau
|
Mandi tidak bersih
|
12
|
Mandi peluh
|
Bekerja
bersungguh-sungguh
|
13
|
Minta diri
|
Minta izin untuk
beredar
|
14
|
Mulut murai
|
Orang yang suka bercakap banyak
|
15
|
Murah hati
|
Tidak kedekut
|
16
|
Otak cair
|
Cerdik
|
17
|
Sagu hati
|
Hadiah atau ganjaran
|
18
|
Tangkai jering
|
Kedekut
|
19
|
Ulat buku
|
Suka membaca buku
|
20
|
Sakit hati
|
Rasa marah
|
Tuesday, 4 December 2012
Contoh Instrumens B4DT1E1 Untuk Tahun 1
BAHASA
MALAYSIA TAHUN 1
Nama murid :
__________________________________________________________________
Tahun :
Satu __________________________
B4
DT1 E1
: Mencatat
pelbagai maklumat dengan betul menggunakan bahasa yang santun.
A. Lengkapkan
dialog dengan ayat tanya yang sesuai.
·
Di manakah pak cik menjual ikan-ikan ini ?
|
·
Siapakah yang membantu pak cik setiap hari ?
|
·
Apa khabar, pak cik ?
|
·
Berapakah kolam ikan yang pak cik ada ?
|
·
Ikan apakah yang pak cik ternak ?
|
Danial : _____________________________________________________________ ?
Pak Cik Karim : Oh, Danial ! Khabar baik, Danial.
Danial :
Wah, besarnya kolam ikan pak cik !
_______________________________________________________________ ?
Pak Cik Karim : Pak cik ada tiga buah kolam ikan sahaja.
Danial : ____________________________________________________________ ?
Pak Cik Karim : Pak cik menternak ikan keli.
Danial : ____________________________________________________________ ?
Pak Cik Karim : Pak cik menjual ikan-ikan ini di pasar tani.
Danial : ____________________________________________________________ ?
Pak Cik Karim : Isteri pak cik yang membantu setiap hari.
A.
Lengkapkan cerita di bawah
berdasarkan dialog di atas.
Danial telah pergi
ke rumah Pak Cik Karim. Beliau ___________________________ ikan. Pak Cik Karim
ada ___________________________ buah kolam ikan. Beliau menternak_____________________________________
. Pak Cik Karim menjual ikan-ikan itu di _______________________________.
Setiap hari, _________________________________ Pak Cik Karim membantunya.
(Menguasai
/ Tidak Menguasai)
Tuesday, 27 November 2012
Simpulan Bahasa Tahun Satu KSSR
Bilangan
|
Simpulan Bahasa
|
Maksud Simpulan Bahasa
|
1
|
Anak bongsu
|
Anak yang terakhir
dalam keluarga
|
2
|
Anak emas
|
Orang yang disayangi
|
3
|
Anak sulung
|
Anak pertama dalam
keluarga
|
4
|
Anak tunggal
|
Anak yang tidak
mempunyai adik-beradik lain
|
5
|
Anak yatim
|
Anak yang kematian ibu atau bapa
|
6
|
Baik hati
|
Bersikap baik dan penyayang, suka
menolong orang
|
7
|
Berat tulang
|
Orang yang malas
bekerja
|
8
|
Buah tangan
|
Hadiah
|
9
|
Yatim piatu
|
Anak yang kematian ibu
dan bapa
|
10
|
Buta huruf
|
Tidak tahu membaca dan
menulis
|
11
|
Cahaya mata
|
Anak
|
12
|
Cakar ayam
|
Tulisan yang buruk
|
13
|
Kaki ayam
|
Tidak memakai kasut
|
14
|
Makan angin
|
Berehat atau bersiar-siar
|
15
|
Panjang tangan
|
Orang yang suka mencuri
|
16
|
Ringan tulang
|
Orang yang rajin
bekerja
|
17
|
Kaki bangku
|
Tidak pandai bermain bola sepak
|
18
|
Celik huruf
|
Tahu membaca dan menulis
|
Subscribe to:
Posts (Atom)