I FOLLOW ......

Tuesday, 27 November 2012

Simpulan Bahasa Tahun Satu KSSR



Bilangan
Simpulan Bahasa
Maksud Simpulan Bahasa
1
Anak bongsu
Anak yang terakhir dalam keluarga
2
Anak emas
Orang yang disayangi
3
Anak sulung
Anak pertama dalam keluarga
4
Anak tunggal
Anak yang tidak mempunyai adik-beradik lain
5
Anak yatim
Anak yang kematian ibu atau bapa
6
Baik hati
Bersikap baik dan penyayang, suka menolong orang
7
Berat tulang
Orang yang malas bekerja
8
Buah tangan
Hadiah
9
Yatim piatu
Anak yang kematian ibu dan bapa
10
Buta huruf
Tidak tahu membaca dan menulis
11
Cahaya mata
Anak
12
Cakar ayam
Tulisan yang buruk
13
Kaki ayam
Tidak memakai kasut
14
Makan angin
Berehat atau bersiar-siar
15
Panjang tangan
Orang yang suka mencuri
16
Ringan tulang
Orang yang rajin bekerja
17
Kaki bangku
Tidak pandai bermain bola sepak
18
Celik huruf
Tahu membaca dan menulis

KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN KRITIS


KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN KRITIS 
1.       Membuat kaitan dan perhubungan
2.       Membanding dan membezakan
3.       Mengelas dan mengategorikan
4.       Menilai
5.       Menyusun atur
6.       Mengenalpastikan kenyataan benar atau palsu
7.       Mengenalpastikan fakta dan pendapat
8.       Mengenalpastikan kenyataan berat sebelah
9.       a.  Mengenalpastikan sebab
          b.  Memberi sebab-sebab untuk sesuatu tindakan/akibat
10.     a.  Mengenalpastikan akibat
b.  Meramal akibat
11.     Membuat interens, kesimpulan
12.     Mengintepretasi, menafsir
13.     Mengenalpastikan idea utama, idea sokongan dan detail
14.     Merumus, meringkas
15.     Membuat generalisasi, hipotesis
16.     Membuat keputusan
17.     M enyelesaikan masalah

Nilai-nilai Murni Dalam Bahasa Melayu


NILAI-NILAI  MURNI DALAM BAHASA MELAYU


1.       Baik Hati                         9.     Kebersihan Fizikal dan Mental
2.       Berdikari                        10.     Kejujuran
3.       Berhemah Tinggi            11.     Kerajinan
4.       Hormat                          12.     Kerjasama
5        Kasih Sayang                 13.     Kesederhanaan
6.       Keadilan                        14.     Kesyukuran
7.       Kebebasan                    15.     Rasional
8.       Keberanian                    16.     Semangat Kemasyarakatan

Nota : Boleh menggunakan nilai murni lain 

Monday, 26 November 2012

Contoh Instrumens PBS Tahun 2


Band 3 DB1 E1 : Menyatakan idea daripada bahan yang dibaca
Nama Murid  : ___________________________________________________   
Tarikh : __________
Tahun 2 : _________________________

Perayaan di Malaysia
            Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada berbilang kaum. Kaum yang berbilang ini membolehkan penduduknya menyambut pelbagai perayaan.
            Kaum Melayu merayakan dua perayaan utama, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Pada pagi hari raya, mereka akan memakai pakaian baharu dan menunaikan sembahyang sunat hari raya.
            Bagi kaum Cina, perayaan utama mereka ialah Tahun Baharu Cina.Pada malam sebelum menyambut perayaan itu, mereka akan berkumpul dalam sebuah keluarga yang besar untuk menikmati makan malam bersama-sama.
 Manakala, bagi kaum India pula, Deepavali merupakan hari kebesaran mereka. Pada pagi Deepavali, kaum India akan mandi minyak bijan.
            Kepelbagaian perayaan melambangkan keunikan Malaysia. Hal ini telah menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

Jawab soalan-soalan berikut.
Tuliskan tiga jenis kaum terbesar yang terdapat di Malaysia dan perayaan-perayaan yang disambut oleh mereka.
.
Kaum
Perayaan
Aktiviti

Melayu





Cina





India




Menguasai / Tidak Menguasai


Band 3 DT1 E1 : Membina dan menulis ayat yang gramatis menggunakan pola ayat FN+FN, FN+FK, FN+FA dan FN+FS

Nama Murid  : ___________________________________________________   
Tarikh : __________
Tahun 2 : _________________________

Pak Jali – nelayan – Kuala Terengganu
____________________________________________________________________________________________________

Adam – kawan-kawan –layang-layang – padang sekolah
___________________________________________________________________________________________________________________________

Pemandangan – Kampung Paya Rumput – indah
___________________________________________________________________________________________________________________________

 Encik Salleh – keluarga – sedih – terbakar
___________________________________________________________________________________________________________________________
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...