I FOLLOW ......

Thursday, 20 December 2012

Latihan Tatabahasa - Sinonim (Perkataan sama erti)


1 Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
A layu
B hidup
C kuncup
D kembang

2 Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.

A kuat
B berani
C gentar
D kasar

3 Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam

   dari desa itu.
A petang
B senja
C malam
D subuh

4 Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.

A leka
B lena
C mudah
D selesa

5 Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.

A sepi
B nyata
C jelas
D kabur


6 Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.
A riuh
B hiba
C tenang
D lengang

7 Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.
A sumbangan
B cadangan
C hasutan
D galakan

8 Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.
A wasiat

B arahan
C utusan
D siasatan

9 Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.

A menelan
B mematuk
C memakan
D memagut

10 Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.

A laju
B yakin
C tegas
D petah


11 Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.
A takut
B sedih
C khuatir
D hampa

12 Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam

     mesyuarat itu.
A kuat
B ragu
C cepat
D hebat

13 Cik Salina sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya.

A anjung
B perkarangan
C belakang
D serambi

14 Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor.

A memujuk
B mengusir
C membentak
D menyanjung

15 Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak.

A malu
B sedih
C kecewa
D terkilan














Sunday, 16 December 2012

Latihan Tatabahasa - Antonim (Berlawanan erti)


1 Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.
A kabur
B pudar
C terang
D senang

2 “Kevin sering datang ke rumah saya,” kata Muniandy.
A jarang-jarang
B kadangkala
C selalu
D kerap


3 Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.
A sokongan
B galakan
C sindiran
D cacian

4 Orang yang berbaju merah itu gila.
A baik
B waras
C berguna
D sempurna

5 Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.
A diserahkan
B dirampas
C dipinjam
D diterima

6 Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.
A longgar
B lembut
C kendur
D ringan

7 Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil .
A renggang
B lama
C jauh
D baik

8 Vellu meluahkan makanan yang sudah basi.
A menghabiskan
B mengunyah
C menyimpan
D menelan

9 Cuaca malam ini panas.
A hangat
B sejuk
C suam
D merah

10 Ceramah yang disampaikannya agak hambar .
A elok
B lucu
C tepat
D menarik




Saturday, 8 December 2012

Simpulan Bahasa Untuk Murid Tahun 2


Simpulan Bahasa Untuk Murid Tahun Dua
Bilangan
Simpulan Bahasa
Maksud Simpulan Bahasa
1
Alas perut
Makan sedikit untuk menahan lapar
2
Ambil berat
Memeberi perhatian
3
Ambil hati
Menjaga perasaan
4
Anak angkat
Anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri
5
Anak kandung
Anak sendiri
6
Anak buah
Anak saudara / orang di bawah kuasanya
7
Anak tiri
Anak isteri atau suami daripada perkahwinan terdahulu
8
Kaki lima
Kawasan laluan di hadapan bangunan
9
Keras kepala
Degil
10
Keras hati
Tidak mahu mengalah
11
Mandi kerbau
Mandi tidak bersih
12
Mandi peluh
Bekerja bersungguh-sungguh
13
Minta diri
Minta izin untuk beredar
14
Mulut murai
Orang yang suka bercakap banyak
15
Murah hati
Tidak kedekut
16
Otak cair
Cerdik
17
Sagu hati
Hadiah atau ganjaran
18
Tangkai jering
Kedekut
19
Ulat buku
Suka membaca buku
20
Sakit hati
Rasa marah

Gambar Rama-rama Cantik

 Marilah tengok gambar rama-rama ini. Cantik sangat.



































Tuesday, 4 December 2012

Contoh Instrumens B4DT1E1 Untuk Tahun 1


BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Nama murid  :  __________________________________________________________________
Tahun             :  Satu  __________________________

B4 DT1 E1 :  Mencatat pelbagai maklumat dengan betul menggunakan bahasa yang santun.

A.    Lengkapkan dialog dengan ayat tanya yang sesuai.


·         Di manakah pak cik menjual ikan-ikan ini ?


·         Siapakah yang membantu pak cik setiap hari ?


·         Apa khabar, pak cik ?


·         Berapakah kolam ikan yang pak cik ada ?


·         Ikan apakah yang pak cik ternak ?





Danial   :                     _____________________________________________________________  ?
Pak Cik Karim          :  Oh, Danial ! Khabar baik, Danial.

Danial                        :  Wah, besarnya kolam ikan pak cik !
                                 _______________________________________________________________ ?                               
Pak Cik Karim          :  Pak cik ada tiga buah kolam ikan sahaja.

Danial                        :  ____________________________________________________________  ?
Pak Cik Karim          :  Pak cik menternak  ikan keli.

Danial                        :  ____________________________________________________________  ?
Pak Cik Karim          :  Pak cik menjual ikan-ikan ini di pasar tani.

Danial                        :  ____________________________________________________________  ?
Pak Cik Karim          :  Isteri pak cik yang membantu setiap hari.

A.   Lengkapkan cerita di bawah berdasarkan dialog di atas.

Danial telah pergi ke rumah Pak Cik Karim. Beliau ___________________________ ikan. Pak Cik Karim ada ___________________________ buah kolam ikan. Beliau menternak_____________________________________ . Pak Cik Karim menjual ikan-ikan itu di _______________________________. Setiap hari, _________________________________ Pak Cik Karim membantunya.
(Menguasai / Tidak Menguasai)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...